Wednesday 9 May 2012

Ikhlaskah kita dalam mencintai seseorang ?





Setiap manusia yang pernah merasai cinta pasti inginkan keikhlasan dalam hubungan mereka kan?Adakah kita semua tahu apa maksud ikhlas dalam mencintai seseorang .Sebenarnya martabat keikhlasan itu sangat tinggi . Semua orang mampu bercinta dan mencintai tapi hanya segelintir orang sahaja yang mampu mencintai dengan ikhlas . Ikhlas disini bererti mencintai seseorang tanpa mengharapkan balasan . Pernah tak korang dengar kisah seperti ini :-


" seseorang lelaki setia menunggu teman wanitanya yang meninggalkan tanpa sedikit pun  rasa marah di hati , malah lelaki itu mendoakan kebahagiaan wanita yang dicintainya tadi "


Sesetengah orang , mungkin menganggap keikhlasan sebagai sesuatu yang bodoh . Ada bezanya antara bodoh dalam mencintai dengan sebuah keikhlasan . Ikhlas nya cinta bermakna kita menerima kelemahan pasangan kita seadanya . Ikhlasnya cinta bererti kita mencintainya tanpa mengharapkan apa apa balasan . tetapi kita hanya manusia biasa .


Apabila terjadi sesuatu perbalahan , kadang-kadang kita inginkan kita yang menang . Ada jenis individu sangat sukar mengalah apabila bergaduh dengan pasangannya . Sikap ini pasti menyebabkan pasangan itu tadi makan hati ! Adakah anda ikhlas dalam mencintainya ? Jawapan ada pada diri anda sendiri . Bukanlah bererti kita perlu mengalah dalam setiap hal dengan pasangan , tetapi apa yang perlu adalah cara anda mengawal sikap ingin menang dalam sesebuah perhubungan . Cubalah sedaya upaya pertahankan apa yang korang miliki sekarang walau ape pun berlaku . InsyaAllah , jodoh korang bersama dia yang dicintai  .




Monday 23 April 2012

Andai dia jodohku





Cinta yang terbaik adalah apabila anda mencintai seseorang :-

i) yang membuat peningkatan iman anda

ii) yang membuat anda lebih alim

iii) yang membantu anda disini dalam sms

kerana orang yang mahu bertemu dengan kamu lagi di syurga kelak . InsyaAllah ;)

Assalamulaikum cinta ;)

tadaaa....ehem2 buat apa tu , mengintai blog saya eh ? HAHAX . otak tak centre ary ni lettuw . maklum la ade orang datang rumah melawat . jangan jeless taw ! kami dating tu ary ni . sanggup dia datang rumah aku ni kan..
anyway , thanks atas pengorbanan anda sudi datang berjumpa dengan saya . mesti dia terharu jika dia sedang baca blog ini . lepas sahaja dia balik . aku pun mula la men snap2 gambar seoarang diri . kesian betul .


ny la gambar yang aku snap2kannya ;)









ni la wajah ceria setelah dapat  berjumpa dengan dia petang tadi ;))

Saturday 21 April 2012

Padamu yang bertanya tentang cinta...




Cinta itu indah...andai bertemakan iman...
Cinta itu musnah...andai bertemakan nafsu...
Cinta itu indah...andai syariat dipatuhi...
Cinta itu musnah...andai batasan dilanggari...
Cinta itu indah...andai bapa merestui...
Cinta itu musnah...andai restu di pinggiri...
Cinta itu indah...andai di pelihara hinng ke syurga...
Cinta itu musnah...andai tersungkur ke dalam neraka...

Cinta itu bahagia dan sejati...andai ikhlas dan di berkati...

* Hati jadi cair

Ya Allah , tolong simpan hati dia buatku ;)

Jika dia milikku ?




Carilah lelaki yang mampu menjadi IMAM untukmu . Yang menitis air mata melihat kesakitanmu ketika melahirkan zuriatnya ;') . Lelaki yang membangunkn kamu untuk BERIBADAT bersama-sama sepertiga malam.

Seoarng lelaki yang baik , dia pasti akan membimbing perempuan yang disayanginya agar menjadi lebih baik..Bukan menghayutknnya .

Jika pencarian itu telah engkau temui , jangan lupa untuk bersyukur kepada Nya . Jadilah permaisuri hatinya , peneman dikala SUKA dan DUKA , pengubat RINDU dan LARA . InsyaAllah ;)
Bagi kaum ADAM pun sama jugak , nak kan isteri yang solehah , taat , pandai amik hati suami , bertanggungjawab dan macam-macam lagi la . Tapi tak semua manusia sempurna kan .





...Rindu berasama Cinta...



Mungkin dalam jauh perjalanan kita . Dalam banyak ruang yang telah kita pijak . Dalam hilai tawa yang telah kita ukirkan , rupa-rupanya tetap jua kita merasa kesepian . Akhirnya kita mencari-cari bahasa rindu . Kita jadi tertanya-tanya " bagaimanakah nikmat rindu itu ?? " seksa atau bahagia ?
Ya Allah , jika aku jatuh cinta , jagalah hatiku agar tidak berpaling daripadamu . Amin Ya Rabbal A'lamin .

Untukmu Sayang ;)



Seorang lelaki yang baik , dia pasti akan membimbing perempuan yang disayanginya agar menjadi lebih baik . Bukan menghayutkannya , apabila saya berada di samping awk saya bahagia sangat . Apabila awk membuat saya tersenyum saya bahagia sangat . Awak , cinta saya hanya untuk awk . Walau beribu titisan air mata saya jatuh kerana awak , awak tetap dihati saya . Thanks sanggup buat apa sahaja demi saya :') . Saya hargai pengorbanan awak kat saya . Sayang , andai kata jodoh kita tidak lama . Izinkan saya menyanyangi awak dan mencintai awk hingga akhir nafas saya ;) I LOVE YOU !

Saturday 7 April 2012

A'IB ! MALU ! JGN BUKA , PLEASE ! !




   Assalamualaikum kepada pembaca sy yang beragama Islam...Pagi yang sunyi lagi hening ini saya hendak berkongsi dengan anda semua tentang KEA'IBAN atau dalam bahasa yang mudahnya MALU..anda tahu ape itu A'IB ?

A'IB itu merupakan perasaan yang semulajadi manusia yang ada dalam diri setiap manusia...tiada perasaan ini anda tidak NORMAL ..!

akan tetapi , saya bukan mahu mengupas dengan lebih mendalam pengertian itu...sebenarnya saya mahu berkongsi dengan anda bahawa A'IB seseorang itu sebenarnya TIDAK PATUT atau TIDAK WAJAR anda heboh-hebohkan...sesungguhnya , Islam tidak menganjurkan umatnya untuk membuka A'IB seseorang itu...









Oleh itu , tolonglah wahai teman-teman ku , berhentilah  membuka keburukan seseorang itu...tidakkah anda terpikir akan perasaan orang yang anda membuka A'IB nya itu ? apatah lagi apabila anda paparkan ditempat yang terbuka yang memang sekali anda tekan  je maklumat akan keluar..TIDAKKAH anda terpikir itu ??


Apakah perasaan anda pada masa itu ? adakah anda tersenyum bahagia ? tersenyum senang ? jika sekali anda berasa sakit hati akan perbuatannya  , berdoalah sebaik-baiknya...supaya dia berubah ke jalan yang benar...Astaghfirullah ! Astaghfirullah ! Astaghfirullah ! mudah-mudahan ada kemaafan daripada yang dimalukan itu :'(


Oleh itu , insaflah teman-teman....JAUHILAH daripada membuka A'IB seseorang itu...lagi berat jika kita tidak mengenalinya ...BAGAIMANA untuk kita memohon kemaafan daripadanya...renung-renungkan ...buka mata , buka hati , buka iman...wassalam








Tuesday 28 February 2012

Berbaloikah Perhubungan Jarak Jauh ?







Rasa untuk bernikah adalah fitrah yang Allah datangkan dalam diri setiap hambaNYA . Manusia merindukan kasih sayang hidup berpasangan . Kita menginginkan kemesraan dan kebahagiaan melingkari kehidupan bila mana kita memilih untuk bernikah .

Namun situasi hari ini , suami dan isteri menghadapi dilema perpisahan - perhubungan jarak jauh - kerana tuntutan kerjaya . Berjumpa sebulan sekali atau dua kali . Atau jarang sekali .

Si isteri bekerja di negari atau negara lain degan gaji yang selesa .Si suami juga berada di tempat kerja lain , yang mungkin juga di kampung halaman sendiri yang menjadi keselesaan dan keutamaan.

Lalu apakah nilai pernikahan jika dihambat perpisahan dan kejauhan ?

Suami mengharapkan belaian cinta kasih isteri , yang dulunya haram .. kini setelah halal bermesra-mesra , namun berjauhan pula ?





Isteri berharap  suami menjadi teman cinta yang melindungi dan menjaga dirinya dalam pelbagai perkara , namun suami jauh terpisah oleh sempadan negeri atau negara .

Sunday 26 February 2012

Aurat dan Akhlak

Jangan sekali-kali mengatakan bahawa menutup aurat tiada kaitan dengan akhlak seseorang , seperti pernyataan sebegini : "walaupun saya tidak menutup aurat tetapi hati saya baik ."Ini kerana akhlak mulia sesebuah masyarakat mampu dinilai menerusi pakaian dan penampilan warga masyarakat tersebut .

      Pelik  Ramai muslimah kini bergaya mengikut telunjuk barat . Pakaian mereka tidak terselit sedikit pun nilai akhlak mulia. Kesannya,kita menjadi pengguna kepada produk busana yang dicedok bulat-bulat dari barat yang telah memisahkan agama daripada kehidupan seharian .




Penyair arab ada mengatakan "Tegaknya sesuatu bangsa bergantungkepada akhlak mereka .Jika akhlak hancur ,maka runtuhlah negara ." Benarlah,jika diteliti dengan mata hati ,pakaian yang mendedahkan aurat sama seperti pakaian orang kuno dan primitif .

Saturday 25 February 2012

SOLEHAH PILIHAN

Tanpa iman , kecantikkn akan dipergunakan ke arah kejahatan dan kemaksiatan yang akhirnya akan memusnahkn pemiliknya dan orang lain . Cantik tidak salah , tetapi salah menggunakan kecantikkan itu salah . Bagi wanita beriman , kecantikkan dalaman dan luarannya hanya untuk lelaki bernama SUAMI , bukan dikongsi degan semua lelaki .

      Kecantikan itu bermula dari dalam ke luar . Bukan sebaliknya . Oleh sebab itu , jika ingin menjadi cantik , ikutilah langkah ini . Pertama ,tanamkan dalam hati kita degan iman yang benar-benar kuat berdasarkan ilmu yang tepat dan penghayatan yang tinggi .Kemudian buktikan keimanan itu dengan perbuatan yang baik . InsyaAllah kita akan kelihatan cantik di mata orang yang beriman lebih-lebih lagi disisi Allah.

Kalau ada yang bertanya ,bagaimanakah kedudukannya jika ada orang yang tidak bertudung , tetapi akhlaknya lebih baik daripada orang yang bertudung ? Dengan penuh kasih sayang kita menjawab : " Alangkah baiknya jika wanita yang mempunyai akhlak yang baik , memilih pakaian yang baik yakni menutup aurat,untuk menjadi seorang wanita yang benar-benar baikdan dapat memberikan kebaikan kepada orang lain . "

     Manakala wanita yang bertudung pula,marilah tingkatkan diri hingga ke peringkat menutup aurat dalam erti kata sebenarnya . Bukan sahaja diri dilitupi oleh kain,tetapi juga tegakkan " syariat batiniah " yang membina sifat malu,sabar,pemurah dan lain-lain.

Itulah yang akan menghalang kita daripada terjebak dengan pergaulan bebas dan lain-lain perbuatan yang boleh menimbulkan fitnah kepada diri kita dan Islam . Tudung hanyalah kain yang menutup diri,tetapi rasa malu itulah penghalang hati daripada melakukan sesuatu yang dimurkai Allah.

Thursday 23 February 2012



                                        
                                              Pergantungan diri yang tinggi kepada Allah (tawakkal )
kalaulah benar ada harap yg t'simpul dlm hatiku ini untuk menjadi pendamping didunia dan akhiratmu , tak akan ku hinakn diri dengan mengemis dan memohon perhatian , cinta juga kasihmu saat ini .Kerna apa yang nampak indah dan sempurna dimataku belum tentu pula dalam pandangan-Nya .


   Kalaulah benar pula ada benang-benang rindu menyulam Indah namamu ,, maka biarlah ku membingkainya dalam doa setiap malamku .. mengindahkan dengan yang maha indah dan meyempurnakan kepada Yang Maha Sempurna...semoga engkaulah yang Allah Azza wa Jalla pilihkan sebagai imamku kelak...Amin ya Rabb'alamin..