Wednesday 9 May 2012

Ikhlaskah kita dalam mencintai seseorang ?





Setiap manusia yang pernah merasai cinta pasti inginkan keikhlasan dalam hubungan mereka kan?Adakah kita semua tahu apa maksud ikhlas dalam mencintai seseorang .Sebenarnya martabat keikhlasan itu sangat tinggi . Semua orang mampu bercinta dan mencintai tapi hanya segelintir orang sahaja yang mampu mencintai dengan ikhlas . Ikhlas disini bererti mencintai seseorang tanpa mengharapkan balasan . Pernah tak korang dengar kisah seperti ini :-


" seseorang lelaki setia menunggu teman wanitanya yang meninggalkan tanpa sedikit pun  rasa marah di hati , malah lelaki itu mendoakan kebahagiaan wanita yang dicintainya tadi "


Sesetengah orang , mungkin menganggap keikhlasan sebagai sesuatu yang bodoh . Ada bezanya antara bodoh dalam mencintai dengan sebuah keikhlasan . Ikhlas nya cinta bermakna kita menerima kelemahan pasangan kita seadanya . Ikhlasnya cinta bererti kita mencintainya tanpa mengharapkan apa apa balasan . tetapi kita hanya manusia biasa .


Apabila terjadi sesuatu perbalahan , kadang-kadang kita inginkan kita yang menang . Ada jenis individu sangat sukar mengalah apabila bergaduh dengan pasangannya . Sikap ini pasti menyebabkan pasangan itu tadi makan hati ! Adakah anda ikhlas dalam mencintainya ? Jawapan ada pada diri anda sendiri . Bukanlah bererti kita perlu mengalah dalam setiap hal dengan pasangan , tetapi apa yang perlu adalah cara anda mengawal sikap ingin menang dalam sesebuah perhubungan . Cubalah sedaya upaya pertahankan apa yang korang miliki sekarang walau ape pun berlaku . InsyaAllah , jodoh korang bersama dia yang dicintai  .




No comments:

Post a Comment