Sunday 26 February 2012

Aurat dan Akhlak

Jangan sekali-kali mengatakan bahawa menutup aurat tiada kaitan dengan akhlak seseorang , seperti pernyataan sebegini : "walaupun saya tidak menutup aurat tetapi hati saya baik ."Ini kerana akhlak mulia sesebuah masyarakat mampu dinilai menerusi pakaian dan penampilan warga masyarakat tersebut .

      Pelik  Ramai muslimah kini bergaya mengikut telunjuk barat . Pakaian mereka tidak terselit sedikit pun nilai akhlak mulia. Kesannya,kita menjadi pengguna kepada produk busana yang dicedok bulat-bulat dari barat yang telah memisahkan agama daripada kehidupan seharian .




Penyair arab ada mengatakan "Tegaknya sesuatu bangsa bergantungkepada akhlak mereka .Jika akhlak hancur ,maka runtuhlah negara ." Benarlah,jika diteliti dengan mata hati ,pakaian yang mendedahkan aurat sama seperti pakaian orang kuno dan primitif .

No comments:

Post a Comment