Saturday 25 February 2012

SOLEHAH PILIHAN

Tanpa iman , kecantikkn akan dipergunakan ke arah kejahatan dan kemaksiatan yang akhirnya akan memusnahkn pemiliknya dan orang lain . Cantik tidak salah , tetapi salah menggunakan kecantikkan itu salah . Bagi wanita beriman , kecantikkan dalaman dan luarannya hanya untuk lelaki bernama SUAMI , bukan dikongsi degan semua lelaki .

      Kecantikan itu bermula dari dalam ke luar . Bukan sebaliknya . Oleh sebab itu , jika ingin menjadi cantik , ikutilah langkah ini . Pertama ,tanamkan dalam hati kita degan iman yang benar-benar kuat berdasarkan ilmu yang tepat dan penghayatan yang tinggi .Kemudian buktikan keimanan itu dengan perbuatan yang baik . InsyaAllah kita akan kelihatan cantik di mata orang yang beriman lebih-lebih lagi disisi Allah.

Kalau ada yang bertanya ,bagaimanakah kedudukannya jika ada orang yang tidak bertudung , tetapi akhlaknya lebih baik daripada orang yang bertudung ? Dengan penuh kasih sayang kita menjawab : " Alangkah baiknya jika wanita yang mempunyai akhlak yang baik , memilih pakaian yang baik yakni menutup aurat,untuk menjadi seorang wanita yang benar-benar baikdan dapat memberikan kebaikan kepada orang lain . "

     Manakala wanita yang bertudung pula,marilah tingkatkan diri hingga ke peringkat menutup aurat dalam erti kata sebenarnya . Bukan sahaja diri dilitupi oleh kain,tetapi juga tegakkan " syariat batiniah " yang membina sifat malu,sabar,pemurah dan lain-lain.

Itulah yang akan menghalang kita daripada terjebak dengan pergaulan bebas dan lain-lain perbuatan yang boleh menimbulkan fitnah kepada diri kita dan Islam . Tudung hanyalah kain yang menutup diri,tetapi rasa malu itulah penghalang hati daripada melakukan sesuatu yang dimurkai Allah.

No comments:

Post a Comment