Tuesday 28 February 2012

Berbaloikah Perhubungan Jarak Jauh ?







Rasa untuk bernikah adalah fitrah yang Allah datangkan dalam diri setiap hambaNYA . Manusia merindukan kasih sayang hidup berpasangan . Kita menginginkan kemesraan dan kebahagiaan melingkari kehidupan bila mana kita memilih untuk bernikah .

Namun situasi hari ini , suami dan isteri menghadapi dilema perpisahan - perhubungan jarak jauh - kerana tuntutan kerjaya . Berjumpa sebulan sekali atau dua kali . Atau jarang sekali .

Si isteri bekerja di negari atau negara lain degan gaji yang selesa .Si suami juga berada di tempat kerja lain , yang mungkin juga di kampung halaman sendiri yang menjadi keselesaan dan keutamaan.

Lalu apakah nilai pernikahan jika dihambat perpisahan dan kejauhan ?

Suami mengharapkan belaian cinta kasih isteri , yang dulunya haram .. kini setelah halal bermesra-mesra , namun berjauhan pula ?





Isteri berharap  suami menjadi teman cinta yang melindungi dan menjaga dirinya dalam pelbagai perkara , namun suami jauh terpisah oleh sempadan negeri atau negara .

Sunday 26 February 2012

Aurat dan Akhlak

Jangan sekali-kali mengatakan bahawa menutup aurat tiada kaitan dengan akhlak seseorang , seperti pernyataan sebegini : "walaupun saya tidak menutup aurat tetapi hati saya baik ."Ini kerana akhlak mulia sesebuah masyarakat mampu dinilai menerusi pakaian dan penampilan warga masyarakat tersebut .

      Pelik  Ramai muslimah kini bergaya mengikut telunjuk barat . Pakaian mereka tidak terselit sedikit pun nilai akhlak mulia. Kesannya,kita menjadi pengguna kepada produk busana yang dicedok bulat-bulat dari barat yang telah memisahkan agama daripada kehidupan seharian .




Penyair arab ada mengatakan "Tegaknya sesuatu bangsa bergantungkepada akhlak mereka .Jika akhlak hancur ,maka runtuhlah negara ." Benarlah,jika diteliti dengan mata hati ,pakaian yang mendedahkan aurat sama seperti pakaian orang kuno dan primitif .

Saturday 25 February 2012

SOLEHAH PILIHAN

Tanpa iman , kecantikkn akan dipergunakan ke arah kejahatan dan kemaksiatan yang akhirnya akan memusnahkn pemiliknya dan orang lain . Cantik tidak salah , tetapi salah menggunakan kecantikkan itu salah . Bagi wanita beriman , kecantikkan dalaman dan luarannya hanya untuk lelaki bernama SUAMI , bukan dikongsi degan semua lelaki .

      Kecantikan itu bermula dari dalam ke luar . Bukan sebaliknya . Oleh sebab itu , jika ingin menjadi cantik , ikutilah langkah ini . Pertama ,tanamkan dalam hati kita degan iman yang benar-benar kuat berdasarkan ilmu yang tepat dan penghayatan yang tinggi .Kemudian buktikan keimanan itu dengan perbuatan yang baik . InsyaAllah kita akan kelihatan cantik di mata orang yang beriman lebih-lebih lagi disisi Allah.

Kalau ada yang bertanya ,bagaimanakah kedudukannya jika ada orang yang tidak bertudung , tetapi akhlaknya lebih baik daripada orang yang bertudung ? Dengan penuh kasih sayang kita menjawab : " Alangkah baiknya jika wanita yang mempunyai akhlak yang baik , memilih pakaian yang baik yakni menutup aurat,untuk menjadi seorang wanita yang benar-benar baikdan dapat memberikan kebaikan kepada orang lain . "

     Manakala wanita yang bertudung pula,marilah tingkatkan diri hingga ke peringkat menutup aurat dalam erti kata sebenarnya . Bukan sahaja diri dilitupi oleh kain,tetapi juga tegakkan " syariat batiniah " yang membina sifat malu,sabar,pemurah dan lain-lain.

Itulah yang akan menghalang kita daripada terjebak dengan pergaulan bebas dan lain-lain perbuatan yang boleh menimbulkan fitnah kepada diri kita dan Islam . Tudung hanyalah kain yang menutup diri,tetapi rasa malu itulah penghalang hati daripada melakukan sesuatu yang dimurkai Allah.

Thursday 23 February 2012



                                        
                                              Pergantungan diri yang tinggi kepada Allah (tawakkal )
kalaulah benar ada harap yg t'simpul dlm hatiku ini untuk menjadi pendamping didunia dan akhiratmu , tak akan ku hinakn diri dengan mengemis dan memohon perhatian , cinta juga kasihmu saat ini .Kerna apa yang nampak indah dan sempurna dimataku belum tentu pula dalam pandangan-Nya .


   Kalaulah benar pula ada benang-benang rindu menyulam Indah namamu ,, maka biarlah ku membingkainya dalam doa setiap malamku .. mengindahkan dengan yang maha indah dan meyempurnakan kepada Yang Maha Sempurna...semoga engkaulah yang Allah Azza wa Jalla pilihkan sebagai imamku kelak...Amin ya Rabb'alamin..